Kalkulator: Mod Degree dan Radian



0 comments
Memperkenalkan...Mr. Karl!
Ta daa...

Apabila pengiraan melibatkan fungsi trigo (sin, cos dan tan), Mr. Karl perlu dipastikan berada dalam mod yang betul sama ada mod degree atau radian. 

Pelajar sering melakukan kesilapan mudah apabila mod kalkulator tidak betul. Sangat rugi! Kesilapan mudah seperti ini perlu dielakkan. Anda tak boleh salahkan Mr. Karl dalam hal ini!

Contoh 1: 
Mod degree : sin (π) = 0.0548
Mod radian : sin (π) = 0
Jawapan yang betul ialah 0 (dikira dalam mod radian)

Contoh 2: 
Mod degree : sin (90) = 1
Mod radian : sin (π/2) = 1
Kedua-dua jawapan adalah betul.

Kenapa macam ni? Sebabnya

Contoh 1: π radian = 180°. 
                Jadi untuk mod degree : sin (180) = 0
Contoh 2: 90° = π/2 radian

Contoh kesalahan pelajar:


Komen: 
Mr. Karl perlu berada dalam mod radian untuk mengira sin (1) dan cos (1) kerana 1 ini bermaksud 1 radian bukan 1°. Langkah -langkah penyelesaian soalan ini adalah betul tetapi jawapan terakhir pelajar adalah salah kerana pengiraan nilai sin (1) dan cos (1) yang tidak betul.

Tips:
Untuk berada dalam keadaan yang selamat, pastikan Mr. Karl sentiasa berada dalam mod radian.

0 comments:

Post a Comment

newer post older post