Pandai Mengira



0 comments
Percaya atau tidak, ada orang yang tidak pandai membaca tapi sangat pandai Matematik.

Ada sebuah kisah benar. Saya pernah dengar di radio yang ketika itu membicarakan topik pagi berkaitan sms. Ada macam-macam cerita pasal sms ni. Ada yang bertemu jodoh kerana silap menghantar sms dan ada juga yang kantoi kerana sms. Tapi yang menariknya panggilan daripada seorang isteri. 

Dia cakap dia tidak pernah menghantar sms kepada suaminya walaupun sekali. Rupa-rupanya si suami tidak pandai membaca. Jadi selama ini dia hanya akan call sahaja suaminya. Tetapi yang peliknya, suaminya sangat pandai mengira duit. Saya ketawa apabila mendengar cerita isteri ni.  Selepas itu saya pun terfikir, rupa-rupanya memang ada orang yang tidak pandai membaca tetapi pandai mengira. 


0 comments:

Post a Comment

newer post older post